Apakah anda sudah membeli ebook untuk belajar,
menghadiri mana-mana seminar yang di lakukan oleh pakar dalam bidang
tertentu seperti seminar facebook ads, seminat adsense atau seminar affiliate? Apakah
anda sudah berusaha banyak kali tetapi masih tiada hasil?
Selain daripada belajar bagaimana untuk berjaya, belajarlah juga tentang kesalahan IM (Internet Marketer)
lakukan yang membawa kepada kegagalan. Mudah-mudahan anda dapat
tinggalkan yang tidak baik dan hanya kutip apa yang membawa kepada
kegemilangan. Ayuh lihat 6 kesilapan yang biasa di lakukan oleh IM yang
gagal.
1 - Buat Semata-mata Kerana Wang
Kesilapan paling awal yang di lakukan oleh seorang IM ialah
mereka terjun ke dunia perniagaan internet berkiblatkan wang
semata-mata. Mereka tidak punya minat untuk berniaga tetapi apabila melihat orang lain buat duit online, mereka pun turut
sama mahu mencuba. Kebiasaannya, masalah-masalah yang lain akan timbul
secara susulan selepas timbulnya kesilapan utama di atas.
Cuba tanya pada diri anda, adakah anda benar-benar mempunyai
minat yang mendalam dalam bidang ini. Tinggalkan minda seorang makan gaji bilamana anda bergelar sebagai
seorang usahawan. “Bayaran” gaji anda setiap bulan pasti tidak akan sama
apalagi di peringkat awal berniaga.
2 - Suka 'Try & Error' Tanpa Guru
Saya
tidak nafikan, sikap berjimat-cermat seorang IM dalam dunia bisnes
adalah satu sifat yang harus di puji kerana usahawan yang sukses adalah
usahawan yang pandai mengguna wang secara berhemah.Ada waktunya
sikap ini tidak langsung membantu dalam bisnes bilamana anda sangat
“berjimat” dalam melaburkan wang bagi mendapatkan ilmu. Ada ramai
individu gemar untuk melakukan try and error tanpa bimbingan guru. Mereka banyak membuang masa dan tenaga mengharapkan hasil yang tak pasti.
Jadi, jika anda mahu berjaya, Copy & Paste sahaja cara orang yang telah berjaya. Usahawan Internet tidak memerlukan sesuatu yang aneh untuk berjaya tetapi harus mengikuti strategi yang betul dan bersesuaian dengan keadaan semasa. Contohnya, jika dahulu
ramai yang menggunakan medium forum sebagai medium pemasaran, kini mereka beralih ke medium yang lebih hebat di laman
facebook (facebook ads).
Contoh,
pemasaran facebook ads mungkin perlukan strategi tersendiri untuk anda
lakukan. Jika main bedal sahaja semasa setup iklan, mungkin tidak ramai
yang lihat iklan anda. Sebab itu cari guru itu amat penting kerana
guru punya ilmu dan tahu apa yang boleh buat kita berjaya atau kecundang.
3 - Nak Cepat Dapat Hasil
Jika
anda bekerja makan gaji, majikan anda berjanji bahawa bayaran gaji akan masuk
26 haribulan. Apa yang berlaku, gaji anda masuk lambat. Adakah anda akan meragam dan tidak duduk
diam?
Cuba bayangkan anda masuk dalam dunia bisnes. Jika anda bawa
masuk minda seorang makan gaji dalam dunia IM, ada kemungkinan anda
akan jatuh kecewa dengan diri sendiri.
Dalam melihat hasil, kuncinya perlu sabar.
Berikan masa minima 6 bulan untuk anda lihat hasil. Setelah anda melaburkan wang untuk
belajar, terus istiqamah dengan usaha anda, ibarat mengetuk batu
besar dengan penukul. Teruslah istiqamah membuat ketukan sehingga ke
hayunan terakhir. Waktu itu, apabila batu akan pecah, “berlian” di
dalamnya pasti akan menjadi milik anda. Percayalah!
4 - Melompat-lompat!
Apa yang saya maksudkan di sini adalah melompat
dari satu bidang ke bidang yang lain. Kesilapan ini berlaku rentetan
daripada kesilapan ketiga di atas. Katakanlah anda mahu buat duit melalui google adsense,
maka anda pun mencari guru. Anda sudah pun take action dan
kelihatannya adsense anda memberi hasil sekitar USD47.00 dalam
akaun.
Selepas 2-3 bulan anda fokus kepada adsense, tiba-tiba anda
terbaca di satu forum tawaran menjual ebook yang ajar buat duit melalui fiverr.
Anda lihat penulis ebook tersebut buat duit sehingga 4 angka sebulan.
Sebelum ini anda juga melihat offer yang sama untuk seller ebook
adsense. Anda pun putuskan untuk berhenti dari buat google
adsense, dan mahu cuba buat duit melalui fiverr pula. Setelah beberapa
bulan dengan fiverr dan hasil yang ada mungkin USD
50, anda cuba buat duit dengan cara lain dan begitulah seterusnya.
Pernahkah anda buat macam ini? Ini juga satu kesilapan besar yang di
lakukan oleh seorang IM. Mungkin anda fikir program 1 tidak sesuai
dengan diri, mereka pun cuba lubang ke dua. Tidak dapat banyak, beralih
pula kepada lubang ke tiga. Sebenarnya, resepi kejayaan IM ialah apabila mereka dapat tuai hasil walau sedikit, mereka akan terus
istiqamah dengan 1 lubang yang sama. Mereka percaya mereka akan dapat
lebih jika usaha lebih tanpa perlu tukar program.
5 - Fokus Terabai
Apabila kita suka bertukar-tukar bidang, maka fokus kita akan lari. Kita digalakkan menetapkan jadual kerja untuk semua tugasan yang ada. Irfan Khairi pernah berkata
untuk fokus dalam kerja IM, kita perlu lakukan kerja-kerja secara
konsisten. Jika hari ini kita buat,esok tinggalkan, lagi 3 hari kita
sambung buat kerja, momentum fokus akan berkurangan dan motivasi juga
boleh turun dengan mendadak. Maka akan timbul rasa sedih, kecewa
sedangkan masalahnya berpunca dari diri kita sendiri yang hilang fokus
dalam bekerja.
No comments:
Post a Comment