Pages

Nak Berniaga Online Tapi Tiada Modal. Boleh ke??



Salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog Lubuk Buat Duit. Adakah anda nak sangat-sangat berniaga online tapi TIADA modal? Saya ada berita baik untuk anda. Terdapat dua model bisnes online tanpa modal yang boleh anda lakukan. Ia amat sesuai untuk mereka yang baru menceburkan diri dalam dunia perniagaan internet. Jom kita terjah bisnes apa yang tak perlu modal ni.
Terdapat 2 lubuk buat duit yang anda yang perlu nak pening kepala fikir pasal modal adalah bisnes berkonsepkan AFFILIATE dan DROPSHIP. Affiliate? Droship? Apa benda tu? Kat bawah ni saya share sikit apa kejadahnya bisnes yang saya duk sebut-sebut ni. Harap-harap info ni dapat membantu anda.



AFFILLIATE


Affiliate merupakan satu sistem yang disediakan oleh pengendali atau pemilik sebuah laman web bagi tujuan pemasaran. Dengan adanya sistem ini sesiapa sahaja boleh menjadi agen secara senyap dan tiada sebarang yuran pendaftaran dikenakan.


Kebiasaannya, pengendali sesebuah laman web akan menyediakan alat bantuan atau tools untuk tujuan promosi seperti banner, link, email dan sebagainya. Jadi anda tidak perlu pening kepala untuk membuat ayat-ayat promosi. Tugas anda hanyalah promosikan link affiliate anda melalui forum, group, facebook, twitter dan lain-lain medium. Apabila ada orang membeli melalui link anda, anda akan mendapat komisyen. Komisyen kebiasaannya antara 30-50% daripada hasil jualan bergantung kepada pengendali laman. Anda tidak perlu risau untuk semak tempahan daripada pembeli atau tak kerana semuanya diuruskan oleh penjual.


DROPSHIP



Dropship pula secara mudahnya adalah anda menjadi orang tengah dalam proses pembelian sesuatu barang (produk fizikal). Pelanggan akan membeli dan membuat bayaran kepada anda, manakala anda membuat pembayaran kepada penjual dengan harga yang lebih murah seperti yang telah dipersetujui oleh pengendali. Anda perlu memberikan semua maklumat berkaitan dengan tempahan yang telah dibuat oleh pelanggan anda kepada pengendali. Segala urusan pembungkusan dan penghantaran akan diuruskan oleh pihak pengendali.
PENUTUP
Ok, sekarang dah tahu kan apa itu affiliate dan dropship. Jadi, pilihlah yang mana satu yang sesuai dengan anda. Semoga apa yang aku kongsikan ini boleh membuka mata anda semua mengenai bisnes online tanpa modal. Selamat Berniaga!!




No comments:

Post a Comment