Pages

Makan Gaji Vs Berniaga. Mana Lebih Baik?



Salam Sejahtera.. Terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya yang tak seberapa ni. Semoga blog Lubuk Buat Duit ni dapat memberi manfaat kepada anda semua. Adakah anda dalam dilema untuk memilih sama ada untuk terus bekerja makan gaji atau mula berniaga? Kalau kerja makan gaji, kena kerja ikut masa, kena tahan maki hamun bos yang entah apa-apa, gaji pulak cukup-cukup makan je.. Kalau berniaga, masa flexible, tiada siapa nak marah sebab kita lah bos, kita lah kuli. Tapi kalau tak berjaya bagaimana?? Haru biru jadinya.

Jika kita membaca di blog dan forum, ramai yang membahaskan tentang makan gaji dan berniaga? Malah ada sesetengah yang lantang pula berkata, orang yang makan gaji itu amat selesa dengan kedudukan mereka dan bersifat penakut.

Bagi saya, tidak kisah kita makan gaji atau berniaga, yang penting adalah apakah niat kita? Jika anda niat makan gaji atau berniaga untuk wang semata-mata, maka anda telah melakukan kesilapan besar. Jika niat kita ikhlas kerana ALLAH, apa sahaja yang kita lakukan akan menjadi lancar walaupun datang seribu jenis ujian dan rintangan. Yang penting, hati kita. Sejauh mana hati anda kuat untuk menhadapi cabaran?
Mungkin anda fikir apabila anda memilih untuk berniaga sendiri, masalah anda semakin berkurang. Tapi tahukah anda, rintangan yang lebih besar sedang menanti di hadapan? Pelanggan yang cerewet, keadaan ekonomi yang tidak menentu, modal semakin menyusut, semangat diri yang naik turun dan 1001 lagi cabaran.

Kenapa ramai orang memilih jalan untuk berniaga? Adakah kerana kerja makan gaji itu satu pekerjaan yang hina? Adakah kerana jumlah pendapatan rendah? Jawapannya bukan kerana itu semua. Tetapi sebenarnya usahawan hanya mahukan satu perkara sahaja:

KEBEBASAN


Mereka bebas menentukan pergerakan mereka. Mereka bebas menentukan waktu kerja mereka. Mereka bebas melakukan inovasi tanpa batas dan halangan. Mereka bebas daripada kekangan birokrasi jabatan. Mereka bebas bersuara. Mereka bebas mencuba sesuatu yang berisiko. Dan mereka bebas menentukan bentuk usaha yang mereka perlu buat.

Itu sahaja sebabnya. Bukan kerana kerja makan gaji itu hina, tidak bagus atau seperti yang dikatakan oleh kebanyakan orang. Usahawan sepenuh masa memerlukan masa yang banyak untuk melakukan banyak usaha. Kalau mereka bekerja makan gaji, maka secara automatik mereka akan tersekat dengan pekerjaan rasmi yang membataskan pergerakan mereka di dalam melakukan perniagaan.

Kepada anda yang makan gaji, usahlah gundah gulana dengan diri sendiri hanya kerana orang lain menjadi usahawan tetapi tidak anda. Tidak semua orang sesuai menjadi usahawan, kerana usahawan juga memerlukan pekerja yang setia dan bersungguh-sungguh.
Bagi yang makan gaji dan mempunyai minat untuk berniaga, saya cadangkan anda berniaga secara sambilan dulu. Jangan sesekali jadi bidan terjun. Bila anda dah yakin dengan pendapatan yang anda peroleh dari perniagaan anda, betulkan niat, siapkan mental anda. Barulah anda tekan minyak untuk berniaga sepenuh masa.

Semoga artikel ini dapat memberi sedikit sebanyak gambaran kepada anda yangdalam dilema ni. Sudi-sudikanlah berkongsi pendapat anda dengan membuat komen di bawah ye..



No comments:

Post a Comment